Tuesday, June 5, 2012

Ambar Kenanga : Set Bersalin Ibu

BERPANTANG selepas bersalin@keguguran…MEMANG MENYEKSAKAN terutama buat ibu-ibu moden yang bersendirian dirumah tanpa bantuan ibu atau mertua yang uzur. Berbagai-bagai alasan diberikan untuk melepaskan diri dari berpantang secara tradisional yang perlu minum ubat pahit, bertangas, mengenakan param atau pilis, berurut atau bersengkak, berpantang makan dan sebagainya. KINI TIADA ALASAN LAGI kerana kehadiran SET BERSALIN IBU AK telah mengubah segala-galanya dan menjadikan berpantang mudah dan ringkas tetapi masih bertradisi.   BAGAIMANA? Ikuti penjelasan kami… BOLEHKAH AK PERKENALKAN PRODUK SET BERSALIN IBU AMBAR KENANGA? Seperti namanya,Set Bersalin Ibu AK  adalah pemakanan lengkap 60 hari atau 2 bulan buat ibu-ibu bersalin biasa, bedah, ibu yang tidak berpantang, kematian bayi dan wanita keguguran kurang setahun kembali sihat dalaman, emosil & fizikal serta memudahkan kehamilan semula.Namun Set Bersalin Ibu Ambar Kenanga ini berbeza dengan Set-set Bersalin yang banyak didapati dipasaran, SET BERSALIN IBU AK berteraskan tradisi perbidanan Timur Tengah atau Arab.   BOLEH AK JELASKAN PERBEZAAN YANG DIMAKSUDKAN DENGAN LEBIH LANJUT? Untuk makluman, Set Bersalin Ibu AK merupakan gabungan tiga jenis produk iaitu 4 botol AK IBU, 1 peket TIMOYAN dan 1 peket TIARAH. Oleh sebab Set Bersalin Ibu AK berasaskan tradisi Timur Tengah atau Arab maka bahan-bahan yang digunakan berbeza daripada yang sering diamalkan dinegara ini seperti akar kayu dan herba. 4 botol AK IBU misalnya terdiri campuran daripada berjenis-jenis rempah ratus. Antaranya termasuklah kayu manis, ketumbar, lada hitam dan habbatus Sauda. Kelebihan Kayu Manis terletak pada bahan Eugenol yang berkesan untuk menghilangkan rasa mual, muntah, sejuk badan, sakit sendi dan tulang. Ia juga digunakan untuk menentang serangan mikrob. Sementara Ketumbar pula pernah disebut sebagai penawar kepada semua penyakit sebagaimana sabda Nabi Muhammad saw : " Jadilah seperti biji ketumbar kerana ia penawar  semua penyakit kecuali bengkak ( kanser) dan maut." Ketumbar mampu melenyapkan angin dalam usus, demam, panas badan dan masalah alahan. Minyaknya boleh digunakan untuk merawat keguguran dan menghitamkan rambut, penyakit kulit sebagai antiseptik dan menegangkan kulit. Sepertimana ketumbar, Habbastus Sauda turut memiliki kuasa penyembuh bagi semua penyakit kecuali maut. Kaya protein dan mengandungi beta sitoserol, habbastus sauda mampu bertindak  sebagai pencegah alahan, antioksidan, antikulat, pembunuh kuman dan mengembagkan saluran pernafasan. AK juga ingin menekankan disini, selain AK IBU, kekuatan dan keistimewaan Set Bersalin Ibu AK sebenarnya terletak pada produk AK TIMOYAN dan AK TIARAH. Memang benar, terdapat banyak produk bersalin dipasaran TETAPI anda tidak akan menemui satu pun seupamanya. Ramuan ini sebenarnya diperturunkan daripada nenek moyang AK lebih 100 tahun lalu.   APAKAH PRODUK AK TIMOYAN DAN AK TIARAH? MENGAPAKAH AGAKNYA IA CUKUP ISTIMEWA? AK TIMOYAN merupakan makanan tambahan berasaskan campuran antaranya buah kurma, lada hitam dan buah ara atau fig.. Ia bertujuan mengecutkan batu meroyan, menaikkan rahim serta memulihkan gangguan emosi seperti cepat marah, cepat kecil hati, murung atau mimpi buruk. Dalam istilah perubatan disebut sebagai kemurungan atau dikalangan masyarakat Melayu dikenali sebagai Meroyan. Dianggarkan 10-20 peratus wanita yang melahirkan akan berdepan masalah ini. Ia masalah normal tapi tidak ramai wanita yang tampil mendapatkan rawatan disamping kurangnya pendedahan. Manakala AK TIARAH yang terdiri daripada campuran cili merah dan cengkih pula diambil bagi membersihkan dan mengeluarkan saki baki darah kotor yang terselit dalam rahim sewaktu bersalin. Ini kerana selain memanaskan badan, Cengkih dipercayai dapat menjaga kesihatan dan menjanjikan kesegaran terutama kepada ibu-ibu baru lepas bersalin disamping mengubati kembung perut, mengeluarkan angin dalam badan dan melegakan sengal-sengal.   BAGAIMANA PULA DENGAN PARAM, PILIS DAN/ATAU TANGAS? ADAKAH SET BERSALIN IBU AK DILENGKAPI DENGAN PRODUK-PRODUK TERSEBUT? Ini satu lagi kelebihan Set Bersalin Ibu AK. Memandangkan ia bertersakan tradisi perbidanan Arab maka tiada pemakaian param, pilis dan tangas diperlukan. Sebenarnya fungsi param, pilis dan bertangas diganti dengan produk AK TIMOYAN dan AK TIARAH. Lagi pun bukan semua wanita moden sanggup melalui pengalaman berpeluh-peluh sewaktu bertangas, tubuh rasa tidak selesa atau kotor kerana mengenakan param atau pilis, proses berurut atau bersengkak yang agak menyakitkan. Ia memerlukan dispilin dan kesabaran yang tinggi. Daripada anda meninggalkan terus amalan berpantang, Set Bersalin Ibu AK adalah pilihan terbaik kerana ia mudah dan ringkas sama ada untuk ibu yang melahirkan secara norma atau bedah. Paling menarik, kesannya sama seperti anda berpantang secara tradisional. Untuk keterangan lanjut sila layari www.ambarkenanga.com.my
Please take note that all displays can't be put under one page. You can click at labels or older posts to see more collections.